Sebenarnya kitrg start buat baju ni dah lama dah. Time tu aku baru form2. Aku dengan budak RESTO lagi sorg. Kitrg buat baju guna spray. Memang bila fikir balik nampak macam bodoh. Time tu zaman jahiliah kitrg. biasa lah. budak budak. beli baju dekat Kamdar dalam dua helai then beli Spray dekat kedai hardware. Haha. Member aku ni pandai beli cardboard. So kitrg bentukkan perkataan REUNION. Agak menjadi lah jugak time tu. Cantik kot tapi bila pakai gantal. Pelik pelik. Lepas semua tu aku dengan dia pun tinggalkan benda ni. yelah nak belajar. PMR dengan SPM pulak. haha.
Dalam bulan June kan kitrg start so aku, Jo, Zul, Hazim dan Boi pegi KLIK Fest dekat Publika. Time tu aku macam nak buat balik ape yang aku tangguhkan selama ni dengan member aku. Balik dari Publika kitrg semua lepak mamak. Aku bercerita diorang pun berminat dan bila masing masing berminat aku ape lagi, kasi ON lah. haha.
Esok nya aku dengan budak budak RESTO pegi jumpa member Jo. Member dia ni buat baju. so pegi kedai dia. Mula mula masuk memang menarik tapi agak takut lah. lepas kenal tu rasa lega sikit. Kitrg cerita dekat dia yang kitrg ni nak buat Clothing sendiri. Dia bagi nasihat. yela bila masuk bab bisnes. semua benda kena serious. So ktrg semua balik. Aku dan yang lain cari nama Brand ape nak letak. Mula mula ingatkan nak guna nama baku then ada yang tak setuju. so aku suruh Hazim cari nama yang cantik sikit. sebab kitrg ni jenis santai dan relax je. So aku suruh Hazim cari nama REST dalam bahasa Italy, jadi lah nama RESTO. Alhamdulillah. Nama tu terus melekat dekat budak budak RESTO yang lain. haha.
Malam tu lepak rumah Zul. Fikirkan Design Pertama. Pening wei. haha. Kitrg nak buat konsep yang lain sebab masa tu ramai buat design Word. So kitrg buat design yang berlainan sikit. nanti aku citer pasal design pertama. sebab design tu agak laris. Alhamdulillah. mungkin kerana berbeza dengan design Clothing yang lain.